Sunday, October 12, 2008

Pertunangan, Perkahwinan...



Salam,
Maaf sebab agak lama tak mengupdatekan blog ni. Agak busy melayari internet sebab sibuk mencari bahan untuk majlis pertunangan "anak bujang" saya. Hantaran bukannya banyak cuma 5 dulang tapi pening juga kepala pikir tema dan konsepnya. Alhamdulillah, setelah pening kepala dan berputar biji mata melayari internet, tuan badan setuju dengan konsep dan tema pilihan saya. Insya Allah, setelah siap semuanya nanti akan saya updatekan di sini. Yang pasti ianya berlainan dari kebiasaan.

Bila majlisnya? Bulan Disember tapi memandangkan saya beranak kecil, kenalah buat persiapan awal-awal. Ramai sedara mara yang nak membantu, tapi saya seronok nak buat sendiri. Entahlah... seronok nak dapat "menantu" agaknya!...

No comments: