Wednesday, November 12, 2008

Gulai Masak Lemak Cili Api Telur Itik & Belimbing Buluh

Salam semua... Rasanya agak lama saya tidak berkongsi resipi dengan anda diluar sana. Ini merupakan satu lagi resipi kegemaran saya dan hubby; Gulai masak lemak cili api telur itik & belimbing buluh.

Gulai Masak Lemak Cili Api Telur Itik & Belimbing Buluh

Bahan:
6 biji telur itik
Belimbing buluh, secukupnya dan belah dua
Cili api, secukupnya mengikut citarasa
Kunyit hidup, 1 inci
Santan pekat
Santan cair
Garam

Cara:
1. Tumbuk kunyit hidup, cili api dan sedikit garam sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan cair dan 2,3 biji belimbing buluh.
3. Masak santan seketika dan masukkan telur itik sebiji demi sebiji.
4. Masak seketika. Masukkan santan pekat dan garam (jika perlu). Masak sehingga mendidih.

No comments: