Monday, January 12, 2009

Sotong Goreng Bercili

Salam...
Maaf sebab lama tak posting apa-apa resipi di sini. Agak sibuk dengan bisnes biscotti saya. Alhamdulillah, rezeki anak-anak tak putus-putus walaupun tak banyak. Untuk posting kali ni, saya ingin kongsi resipi yang saya olah sendiri. Kalau sesiapa berani cubalah.

Sotong Goreng Bercili

Bahan:
Sotong (bersih dan potong ikut citarasa masing-masing)
Bawang putih (cincang halus)
Bawang besar (potong bulat)
Cili kering (ikut tahap kepedasan masing-masing; potong dan basuh)
Serbuk kari ikan
Minyak untuk menumis
Garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kuning.
2. Masukkan cili kering dan goreng hingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari dan sotong. Masak sehingga sotong empuk.
4. Masukkan bawang besar, garam dan gaul rata. Masak seketika.
5. Hidangkan.

No comments: