Monday, January 12, 2009

Terung Goreng Sos Tiram

Ini satu lagi resipi yang saya olah sendiri mengikut citarasa saya. Hubby kata sedap! Jadi kepada yang sudi nak mencuba, silalah. Boleh olah mengikut citarasa anda.

Terung Goreng Sos Tiram

Bahan:
Terung panjang (potong mengikut citarasa masing-masing)
Bawang putih (cincang halus)
Cili kering (potong dan bersihkan)
Sos tiram
Kicap cair
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kuning.
2. Masukkan cili kering dan masak hingga garing.
3. Masukkan terung, sos tiram dan kicap cair. Gaul rata dan tutup kuali untuk 5 minit sehingga terung masak.
4. Hidangkan.

No comments: