Tuesday, February 3, 2009

Apple Crumble...



Salam...
Lama tak share resipi di sini. Agak sibuk kebelakangan ni dengan bisnes. Kali ni saya kongsi pencuci mulut atau desserts, kegemaran hubby saya. Sapa suka boleh cuba...

Apple Crumble
Bahan:
2 biji epal hijau (kupas kulit, buang empulur dan potong dadu)
1 tbsp serbuk kayu manis
gula perang secukupnya (ikut citarasa masing-masing)
2 tbsp mentega

Bahan untuk crumble:
Tepung gandum
Mentega
Gula
(Ikut citarasa kalau nak tebal crumble, banyakkan bahan-bahan)

Cara:
1. Panaskan kuali, cairkan mentega.
2. Setelah mentega cair, masukkan gula perang, serbuk kayu manis dan epal.
3. Masak sehingga pekat.
4. Masukkan dalam mangkuk yang tahan panas. Ketepikan seketika.
5. Masukkan tepung ke dalam mangkuk lain.
6. Potong dadu mentega sejuk dan gaulkan bersama tepung. Gaul mentega bersama tepung sehingga mendapat adunan seperti bread crumb.
7. Taburkan adunan tepung / bread crumb ke atas inti epal tadi sehingga menutupi keseluruhan inti tadi.
8. Taburkan gula pasir dan bakar sehingga kekuningan.
9. Boleh dinikmati dengan custard atau begitu sahaja.

No comments: