Thursday, February 12, 2009

Buayo Boronang @ Buah Sopang Wap @ Badak Berendam


Salam...
Dah lama tak share resipi... Hari ni nak share resipi kuih tradisional; favorite hubby saya. Saya adik beradik panggil kuih badak berendam, tapi orang nogori biasa panggil sopang wap. Hubby kata kat Sumatera, orang panggil buayo boronang (ejaan betul ke ni? hehehee...)

So, ni la dia resipinya. Saya agak-agak aje... Adunannya sama macam kuih buah melaka....

Buah Sopang wap

Bahan:
Tepung pulut
Air daun pandan
Santan
Garam
Inti kelapa (Masak kelapa parut, gula anau dan sedikit air sehingga keperangan dan manis mengikut citarasa masing-masing)

Cara:
1. Bancuh tepung pulut, sedikit santan dan air daun pandan sehingga adunan tidak meleket.
2. Ambil adunan dan buat bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Isi inti dan taup sehingga inti tidak keluar.
3. Letak kuih dalam talam dan curah santan (taruk garam sedikit). Kukus untuk 10-15 minit.
4. Hidangkan.

No comments: