Thursday, February 12, 2009

Kolopong...


Salam...
Kuih ni dah buat lama, saing kuih buah sepang ari tu. Baru ada time nak upload. Orang kampung saya panggil kolopong, orang tempat lain panggil buah melaka. Resipinya...


Kolopong / Buah Melaka
Bahan:

Tepung pulut
Air daun pandan
Santan (sedikit)
Kelapa parut (campur garam sedikit)
Garam
Gula anau yang dipotong kuib mengikut citarasa

Cara:
1. Bancuh tepung pulut, sedikit santan dan air daun pandan sehingga adunan tidak meleket.
2. Ambil adunan dan buat bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Isi gula anau dan taup rapat supaya gula tak keluar.
3.Rebus sehingga ianya terapung, dan keluarkan.
4. Salut kuih bersama kelapa parut dan hidangkan.

No comments: