Wednesday, February 4, 2009

Seafood Salut Parmesan Cheese...

Ini satu lagi resipi simple tapi sedap... Saya tak pasti di mana saya dapat resipi ni. Kena carik balik sebab nak bagi kredit untuk tuan empunya resipi. Saya cuba 2 kali, satu menggunakan dory fillet (potong slices) dan udang. Dua-dua sedap. Mari kita lihat bahan-bahannya....


Seafood salut parmesan cheese

Bahan:
Udang. sotong, dory fillet (potong ikut citarasa sendiri)
Garam
Serbuk lada hitam
Tepung gandum
1 biji telur (pukul sedikit)
Grated parmesan cheese (secukupnya)
Minyak masak

Cara:
1. Perap udang, sotong atau ikan dengan garam, serbuk lada hitam dan herbs lain (paprika, basil dan lain-lain ikut selera sendiri) selama 1 jam atau lebih.
2. Panaskan minyak. Salut udang dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhirnya parmesan cheese.
3. Goreng sehingga kekuningan.
4. Boleh dihidangkan bersama mee goreng, nasi goreng atau nasi panas.

Say you, say me:
"The Single": Memang lazat ya cik mimi... buat appetizer memang sedap!...

Cik Kedondong : Balik nanti try la... Sedap... Garing...

2 comments: