Thursday, February 19, 2009

Sotong Goreng Sos Tiram


Dah lama upload gambar tapi tak posted. So, ni resipi kepada penggemar makanan laut, sotong goreng sos tiram. Resipi sendiri adjust. Simple dan sedap, boleh adjust ikut citarasa masing-masing.

Sotong goreng sos tiram
Bahan:
Sotong (bersih dan potong ikut citarasa sendiri)
Capsicum (potong kuib atau stripe)
Lobak merah (hiris bulat)
Bawang putih (cincang halus)
Sos tiram
Kicap cair
Tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak untuk menumis
Air sedikit

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan lobak merah dan masak untuk 3 minit.
3. Masukkan sotong, capsicum, kicap cair dan sos tiram.
4. Kacau rata dan masak untuk 3 minit lagi.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit air, serta garam.
6. Gaul rata. Hidang bersama nasi panas.

No comments: