Monday, March 30, 2009

Tuna Baked Potato..


Ni satu lagi untuk preview... Tunggu... Yang ni paling simple dan sedap... Hubby buatkan... Lagi sedap la kan? Untuk resipi yang ni kira main agak-agak aje.

Tuna Baked Potato

Bahan:
4 biji kentang jenis Russet (basuh bersih kulit)
1 tin Tuna in water (buang air dan ambik tuna sahaja)
5 tbsp sweet corn
mayonaise secukupnya
serbuk lada hitam (jika suka)

Cara:
1. Cucuk kentang dengan garfu beberapa tempat dan masukkan ke dalam mikrowave sehingga kentang empuk. (kalau dalam oven bungkus dengan aluminium foil)
2. Gaul tuna, sweet corn dan mayonaise di dalam mangkuk dan gaul rata. Perisa mengikut citarasa masing-masing.
3. Keluarkan kentang dan kelar. Masukkan tuna ke dalam kentang seperti di dalam gambar dan hidangkan.

1 comment: