Tuesday, April 7, 2009

Kambas Goreng


Salam...

Ni resipi sendiri ya... Kepada sesiapa yang nak cuba silalah... Kambas ni pahit sikit, tapi tidak lah sepahit peria katak.

Kambas Goreng
Bahan:
1/2 biji kambas (buang biji dan potong mengikut citarasa masing-masing)
1 biji telur
3-4 ulas bawang putih (cincang halus/tumbuk)
1-2 biji cili merah (hiris)
minyak untuk menumis
garam

Cara:
1. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan telur dan kacau. (jadi macam scramble egg).
3. Masukkan kambas dan cili merah. Gaul rata dan perisa dengan garam.
4. Masak sehingga kambas sedikit lembut.
5. Hidangkan bersama nasi panas.

No comments: