Sunday, April 19, 2009

Kawan atau Lawan?

Maaf sebab dah lama tak update blog. Agak sibuk kebelakangan ini dengan ibu dan hubby yang agak tidak sihat, maka makin bertambah la kerisauan, kebimbangan dan semuanya. Dalam keadaan begini, saya tetap dirahmati dengan kehadiran kawan-kawan lama mahu pun yang baru. Alhamdulillah, Allah masih temukan saya dengan insan yang sudi menyayangi saya.

Namun begitu, saya dan hubby tetap diberi dugaan bertemu dengan mereka yang tidak layak dipanggil kawan jauh sekali sahabat. Sedih sungguh bila mengenangkan keadaan ini. Mereka sebangsa dan seagama, tetapi masih lagi sanggup menikam kawan dari belakang. Sememangnya ada antara manusia di luar sana yang tidak layak menjadi kawan kepada sesiapa pun.

Kepada semua, fikir-fikirkanlah. Jangan cepat menuding jari kepada orang lain. Dunia ini bulat, ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah. Sebelum marah pada orang lain, lihat diri kita dahulu. Adakah kita layak menjadi kawan atau kita adalah lawan?

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.