Sunday, July 5, 2009

Mee Goreng!...

Lama sungguh tak makan mee goreng. Jadi saya buat 2 minggu lepas. Beli bahan, balik rumah terus masak. Berselera anak saya makan.

Mee Goreng @ Syahani

Bahan:
Mee kuning satu peket
Bawang merah (potong wedges)
Bawang putih (cincang halus)
Sawi (basuh dan potong ikut citarasa)
Tomato 2 biji (buang biji dan potong ikutcitarasa)
Udang (secukup rasa)
Telur 2 biji (pukul sedikit dalam mangkuk)
Kicap pekat dan kicap cair (ikut citarasa)
Minyak untuk menumis
Garam untuk perisa


Cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan masak hingga kemerahan.
3. Tuang telur di tepi kuali dan biarkan masak sedikit. Gaul telur rata bersama bahan lain.
4. Masukkan mee dan kicap pekat serta kicap cair mengikut citarasa.
5. Gaul rata dan masukkan sawi dan tomato.
6. Perisa dengan garam. dan gaul rata.
7. Masak seketika dan hidangkan bersama cili potong.

No comments: