Monday, July 13, 2009

Nasi Planta & Daging Masak Ala Syahani...

Nasi planta ni simple je, tapi resipi daging ni rekaan sendiri... Apa-apa pun lauk daging tu sesuai betul dengan nasi planta saya...

Resipi Nasi Planta
Bahan:
Nasi (dah siap masak)
Planta
Almond (panggang dan cincang kasar)

Cara:
1. Gaul nasi dan planta mengikut selera masing-masing.
2. Tabur almond sebaik hendak hidang.

Daging stew tomato dan koko
Bahan:
250g daging (potong kuib)
1 tin tomato (kuib)
1 labu bawang besar (potong wedges)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 tbsp serbuk koko
garam
minyak zaitun untuk tumis
oregano, basil - dry herbs serba sedikit
serbuk lada hitam
air

Cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan masak hingga warna menjadi brown.
3. Masukkan tomato dan sedikit air. Tutup periuk dan biarkan daging masak menggunakan api perlahan sehingga empuk.
4. Masukkan koko dan dry herb serta garam dan lada hitam.
5. Biarkan mendidih untuk 10 minit dan hidangkan.