Monday, August 17, 2009

Gulai Masak Lemak Cili Api Ikan Siakap dengan Sawi Asin...


Yang ini kegemaran kami sekeluarga. Kalau masak sebagai juadah berbuka puasa pun sedap. Resipinya...

Gulai Masak Lemak Cili Api Ikan Siakap dengan Sawi Asin
Bahan:
2 keping ikan siakap (slice, bersih dan tos)
1 peket sawi asin (bersih dan potong ikut citarasa masing-masing)
10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup (2-3 tsp kunyit serbuk)
santan (kalau nak pekat guna pati santan, ikut citarasa)
1-2 keping asam keping (2 tsp air limau nipis)
garam

Cara:
1. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan sedikit garam sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan masak dalam 5 minit. Kacau selalu supaya tidak bertahi minyak.
3. Masukkan ikan, asam keping dan garam secukupnya.
4. Kacau sesekali sehingga mendidih.
5. Masukkansawi asin dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.
6. Hidangkan.

No comments: