Tuesday, August 25, 2009

Menu berbuka hari ke 3

Ini siakap kukus serai halia dari http://rinnchan.fotopages.com/. K.Rinnchan resipi ini sedap... Thank you. Sorry cut and paste... Ikan siakap dinikmati bersama sawi goreng dan pengat keledek...

SIAKAP KUKUS SERAI HALIA

BAHAN-BAHAN:
Seekor ikan siakap
3 batang serai
3 inci halia
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5 biji cili padi
1 tbs sos ikan (Nampla)
Garam dan gula secukup rasa
3 biji limau kasturi

Bahan Tabur :
Daun bawang, daun sup dan daun ketumbar

CARA-CARA:
1. Panaskan kukusan.
2. Bersihkan ikan dan kelar-kelar. Lumurkan sedikit garam.
3. Serai dipotong kasar, bawang besar dimayang, halia dan bawang putih di racik halus memanjang.
4. Gaulkan ikan dengan semua bahan, perahkan jus limau kasturi. Perapkan dalam 10 minit.
5. Kukus selama 20 minit. Hidangkan.

Kalau tak ada ikan siakap, ikan-ikan lain yang sesuai pun boleh digunakan. Umpamanya ikan bawal putih atau bawal hitam, ikan ketuka yang macam ikan pari tuu, ikan kembung dan sebagainya. Pada Rinn kalau nak kukus ikan ni memang sedap siakap.

No comments: