Thursday, October 1, 2009

Claypot Yee Mee

Salam...
Saya dapat resipi untuk claypot yee mee ini dari adik saya. Saya masak 3 kali dalam sehari. Akhirnya yang ke 3 kali itu adalah yang terbaik dan boleh dikatakan yang perfect seperti di kedai! Hubby kata sedap dan boleh buat lagi...


Claypot Yee Mee


Bahan untuk 1 orang:
1 keping Yee Mee atau mee telur
4 ulas bawang putih (crush)
Kicap cair
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Minyak bijan (sesame oil) - kalau tak suka ganti minyak masak biasa
Ayam (potong kecil, marinate dengan kicap cair dan goreng separuh masak)
5-6 cendawan shitake (fresh) kalau yang kering rendam dalam air panas 10 minit (potong ikut suka)
1 pokok sawi hongkong (baby kailan pun boleh)
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan 10-15ml air)
Cili kering (potong 1 inci dan rendam dalam air panas 10 minit)
Air secukupnya

Cara:
1. Panaskan minyak bijan dalam 3 sudu makan dalam clay pot. Tumis bawang putih until brown.
2. Masukkan air 270ml, kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan kicap manis (kalau takda taruk gula sket) (ikut citarasa dan color).
3. Masukkan mee, ayam, cili kering, cendawan, bancuhan tepung jagung dan tutup periuk. Masak untuk 5 minit.
4. Masukkan telur dan sawi. Tutup dan biarkan for another 5 minit.
5. Tutup api dan hidangkan.

* kalau kuah macam pekat taruk air lagi. kuah kena just cukup2 untuk tenggelamkan mee. that's the right amount of kuah needed. tak payah taruk garam ya... Kalau ada stok ayam boleh juga taruk 1/2 kiub...

1 comment:

Nur Najiha said...

leh try neehhh.....pic pun da cantek..rasa mesti lg sedap...