Thursday, October 1, 2009

Gulai Udang Masak Lemak Cili Api dengan Kacang Buncis

Kali ni saya masak gulai masak lemak cili api saya dalm periuk tanah or claypot. Terasa perbezaannya, malah gulai saya sungguh wangi. Cubalah....

Gulai Masak Lemak Cili Udang Kacang Buncis

Bahan:
Udang secukupnya (bersih dan tos)
100g kacang buncis (bersih dan potong ikut citarasa masing-masing)
10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup (2-3 tsp kunyit serbuk)
santan (kalau nak pekat guna pati santan, ikut citarasa)
1-2 keping asam keping (2 tsp air limau nipis)
garam

Cara:
1. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan sedikit garam sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan masak dalam 5 minit. Kacau selalu supaya tidak bertahi minyak.
3. Masukkan udang, asam keping dan garam secukupnya.
4. Kacau sesekali sehingga mendidih.
5. Masukkan kacang buncis dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.
6. Hidangkan.

No comments: