Monday, November 9, 2009

Kuih Lapis Resipi Turun Temurun...



Yang ni resipi mudah dan senang. Resipi dari nenek saya. Kuih kegemaran kami sekeluarga.

Kuih Lapis
Bahan:
3 cawan santan ( 1 cawan santan pekat + 2 cawan air) - saya guna santan kotak Ayam Brand 1 kotak, cukup 1 cawan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
Garam secubit

Cara:
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar. Kacau sehingga sebati.
2. Bahagi 2 adunan dan titik sedikit pewarna merah dalam satu adunan.
3. Panaskan pengukus. Bila air mendidih, kecilkan api.
4. Tuang adunan putih ke dalam talam atau bekas dan kukus sehingga adunan keras. Untuk memastikan ianya masak, tekan dengan hujung jari dan adunan tidak melekit.
5. Tuang adunan merah dan ulang cara 4. Selang selikan adunan putih dan merah sehingga habis.
6. Potong setelah betul2 sejuk. Hidangkan.


Say you, say me....
Faez: Thanks sebab sudi cuba. Nanti kita share resipi rendang tu ya...

1 comment:

faez said...

faez dah try buat,,,jd n sedap..

k.lang,
nak resepi rendang campur tu...