Tuesday, February 23, 2010

Terung Goreng Basah

Salam semua... Ni resipi untuk terung goreng basah versi saya. Inspirasi dari Restoran Chee Meng.

Terung Goreng Basah
Bahan:
Terung (potong ikut citarasa)
Ikan bilis (bersih dan goreng garing)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (cincang halus)
Sos Tiram
Kicap cair
Kicap pekat
Cili merah (hiris)
Daun bawang (potong 1 inci)
Garam
Sedikit air
Tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
Tepung gandum
Minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak. Salut terung bersama tepung dan goreng di dalam minyak panas sehingga kekuningan, Tos dan asingkan.
2.Tumis bawang putih, cili merah dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Gaul dan masukkan sedikit air agar tidak hangus.
3. Masukkan terung, ikan bilis dan gaul rata.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa. Gaul sehingga kuah menjadi pekat.
5. Tabur daun bawang dan hidangkan.

No comments: