Tuesday, April 13, 2010

Pindang Pucuk Paku


Pindang Pucuk Paku

Bahan:
3 ikat pucuk paku - bersih dan tos
1 inci kunyit hidup
8- 10 biji cili api - ikut selera masing-masing
250ml santan
5g ikan bilis - bersih dan tos
2 keping asam keping
garam
sedikit air

Cara:
1. Tumbuk kunyit hidup bersama 1 sudu teh garam dan cili api hingga lumat.
2. Masukkan santan, air, ikan bilis, asam keping dan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kuali. Kacau sekerap mungkin untuk mengelakkan santan meruap.
3. Setelah santan mendidih serta pekat, masukkan pucuk paku. Gaul rata dan masak sehingga mendidih dan menjadi lebih pekat.
4. Perisa dengan garam dan biarkan seketika.
5. Hidangkan.

No comments: