Saturday, April 17, 2010

Sup Ikan Merah

Selain kari ikan merah sedap dibuat sup. Kepala ikan merah buat sup pun sedap. Ni resipi simple dari mak saya. Anak-anak dan hubby memang suka sup ikan merah. Resipinya....

Sup Ikan Merah

Bahan:
1/2 ekor ikan merah (bersih dan potong slice macam dalam gambar)
8 biji bawang merah (blend atau tumbuk, lagi banyak lagi sedap)
Lada hitam
Air
Sedikit stok ikan bilis
Daun sup dan daun bawang (hiris halus atau potong 1 inci panjang)
Minyak untuk menumis
Garam

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
2. Tumis bawang sehingga naik bau, warna menjadi sedikit perang.
3. Masukkan ikan dah gaul rata bersama bawang tadi.
4. Masukkan air secukupnya (asal tenggelam ikan mencukupi)
5. Masukkan stok ikan bilis, lada hitam dan garam.
6. Masak sehingga mendidih. Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan seketika.
7. Tutup api dan hidang.

No comments: