Saturday, April 17, 2010

Tomyam Putih

Tomyam ni saya guna pes yang dijual di kedai. Brand Adabi, peket warna ungu. Tapi kalau nak buat sendiri, ni resipinya.

Tomyam Putih (resipi asal dari Jeni@ Resipi.net tapi yang ni ambik dari http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/)

Bahan:
2 biji bawang besar - belah 8
3 ulas bawang putih - dititik
3 batang serai - dititik
2 inci lengkuas - dihiris dan dititik
1 kg ayam - potong kecil
2 ekor sotong sederhana - potong bulat
8 ekor udang
1 biji tomato - potong 8
1 batang celery
cili padi - ditumbuk (*ikut pedas sendiri)
Cili hijau - belah 4 (x letak pun boleh)
1 batang carrot - potong panjang 1 inci
Jus limau nipis
Daun limau purut
Garam secukup rasa

Cara Memasak:-
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sekejap sahaja. Jangan sampai garing.
3. Masukkan ayam dan tumis sekejap. (Tips untuk menghilangkan bau hanyir ayam).
4. Masukkan air dan carrot. Masak sampai mendidih.
5. Masukkan bahan-bahan lain kecuali jus limau nipis dan daun limau purut.
6. Masukkan garam secukup rasa. Setelah masak sayuran (jangan layu sangat), tutup api dan masukkan daun limau purut dan jus limau secukup rasa.
7. Siap dan hidangkan.

No comments: