Tuesday, June 29, 2010

Koleksi Biskut Raya 1 - Roset Coklat Switzerland


Salam.
Resipi dari buku Juadah Manisan Istimewa Chef Wan. Saya dah buat biskut ni few times. Tak manis, rasa coklat tu kuat, jadi bila tabur icing sugar kat atas dia, memang just nice. Saya tak paip adunan, tapi guna acuan press - acuan bintang. So boleh try...

Roset Coklat Switzerland
Bahan:

200g gula serbuk
500g mentega (saya guna marjerin)

150g telur

1 sudu teh esen orange

700g tepung gandum

45g koko serbuk

gula serbuk untuk tabur atas biskut


Cara:

1. Pukul gula, mentega, telur dan esen oren sehingga tidak berbintil-bintil

2. Ayak bersama tepung dan koko. Masukkan ke dalam adunan mentega, kaup dan balikkan sehingga menjadi doh.

3. Paip doh dengan tiub bintant no 7 berbentuk ros ke atas dulang pembakar sedikir bergris atau guna baking sheet.

4. Bakar pada 205C selama 15 minit.

5. Bila biskut sejuk, ayak gula serbuk ke atasnya.

No comments: