Sunday, July 4, 2010

Koleksi Biskut Raya 2 - Biskut Gemilang Syawal


Satu lagi resipi biskut untuk dicuba. Resipi dari Jusco Pearl September 2004.

Biskut Gemilang Syawal

Bahan:
125g mentega
125g gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
60g susu segar (saya guna susu UHT)

Doh vanila
60g tepung gandum
30g tepung naik sendiri
30g tepung kastard (custard powder)

Doh coklat
60g tepung gandum
30g tepung naik sendiri
30g serbuk koko
1 sudu besar fresh milk (saya guna susu UHT)

Cara:
1. Siapkan dulang pembakar.
2. Pukul mentega dan gula kastor sehingga menjadi seperti krim. Masukkan esen vanila dan susu, pukul sehingga sebati.
3. Bahagi dua campuran mentega tadi.
4. Campur 1 bahagian campuran mentega dengan bahan doh vanila yang sudah di ayak. Gaul rata sehingga menjadi doh lembut.
4. Campur 1 bahagian campuran mentega dengan bahan kering doh coklat yang sudah di ayak. Gaul rata dan masukkan susu dan gaul supaya menjadi doh lembut.
5. Untuk terap: susun doh vanila dan doh coklat berselang seli atas papan canai dan canai sehingga setebal 5mm, bungkus dengan cling film dan sejukkan ke selama 15 - 20 minit di dalam peti sejuk. Panaskan oven pada suhu 200C. Keluarkan doh dari peti sejuk dan terap menggunakan penerap kesukaan anda. Susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 20 minit sehingga kekuningan.

6. Untuk menngunakan acuan press: gaul doh vanila dan doh coklat di atas cling film dan gulung menjadi silinder dan sejukkan selama 15-20 minit di dalam peti sejuk. Panaskan oven pada suhu 200C. Keluarkan doh dari peti sejuk dan masukkan doh ke dalam acuan press anda, pilih pattern kesukaan anda dan press. Susun biskut dalam dulang pembakar dan bakar selama 20 minit sehingga kekuningan.

No comments: