Sunday, October 31, 2010

Chicken Chop



Salam.
Kali ni kita makan western plak ya... Ni resipi yang telah di try dan di jamin sedap! Boleh guna chicken chop untuk buat sandwich atau wrap!

Chicken Chop
Bahan:
*Kepingan daging ayam (boleh beli yang dah siap deboned di pasaraya) - kalau tebal slice dua, nipiskan sedikit agar masak seluruhnya
*Sos tiram
*Serbuk lada hitam
*Garam
*Serbuk ketumbar
Minyak masak
Telur
Tepung gandum

Cara:
1. Gaul semua bahan yang bertanda * dan perap selama 30 minit.
2. Bedak kepingan ayam yang telah diperap dengan tepunga gandum, buang lebihan tepung.
3. Celup dalam telur yang telah dipukul dan goreng menggunakan minyak yang panas secara deep fry.
4. Goreng sehingga cantik kekuningan dan tos minyak.
5. Hidang bersama kentang putar dan salad.

Kentang putar
Bahan:
3-4 biji kentang jenis Russet
1-2 ulas bawang putih
Susu UHT / Thick Cream
Serbuk lada hitam
Mentega
Garam

Cara:
1. Kupas kentang dan potong kuib.
2. Rebus kentang bersama bawang putih sehingga kentang empuk.
3. Toskan kentang.
4. Masukkan kentang ke dalam mangkuk besar. Lecek bersama sedikit thick cream, mentega, serbuk lada hitam dan garam. Kalau suka kentang putar yang lebih creamy, boleh lebihkan thick cream.
5. Gaul rata dan hidangkan.


No comments: