Wednesday, November 3, 2010

Sambal Petai Apak

Resipi dari Puan Suryati @ K.long Yati dari Seremban.

Sambal ikan bilis + telur + petai .. a.k.a 'SAMBAL PETAI APAK'.
Resipi di cut and paste dari Puan Suryati.

Sambal Petai Apak
Apa yang kena ada :
Petai
Telur
Ikan bilis
Bawang besar
Cili kisar

Cara2 nak bikin :
1. Goreng petai dulu sekejap. Jgn lama2 nanti kecut.
2. Tumis cili kisar sampai garing & letak gula sikit aje
supaya cili tadi tak hangus. Garam letak sikit aje sbb
ikan bilis dah masin.
3. Letak bawang besar yang dipotong bulat2, ikan bilis,
petai & telur.
4. Kacau manja2 aje, jangan sampai telur tu hancur
sangat. Pastu boleh angkat.

No comments: