Tuesday, May 17, 2011

Open Face Prawn Sandwich

*spelling error on photo*

Salam
Semua sihat ke? Kami satu famili baru baik demam dan batuk. Alhamdulillah, masih bertenaga untuk baking dan masak untuk famili. Kali ni kita kongsi makanan sihat dan simple....

Resipi:
Udang - buang kulit, kepala dan bersihkan
Bawang Putih - cincang halus
Garam
Serbuk lada hitam
(Perap udang dengan semua bahan di atas untuk 10 minit)
Minyak zaitun
Telur 2 biji - rebus
Roti Wholemeal
Mayonaise

Cara:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
2. Masukkan udang dan bahan perap.
3. Masak udang hingga menjadi merah jambu seluruh badan.
4. Angkat dan asingkan.
5. Kupas telur rebus dan hiris (nak senang guna alat hiris telur)
6. Ambik 1 keping roti wholemeal, susun hirisan telur rebus memenuhi roti.
7. Picit mayonaise atas telur mengikut citarasa masing-masing.
8. Susun udang dan curah pelahan2 minyak zaitun atas udang.
9. Sedia untuk dinikmati bersama salad.

No comments: