Thursday, August 4, 2011

Laksam...

Salam
Lama tak share resipi. Ni dia percubaan pertama saya buat laksam sendiri. Selama ni makan hasil air tangan mak saja. Alhamdulillah, hubby kata sedap! Berbaloi penat lelah menyediakannya...

Resipi Laksam dan Kuahnya - Oleh Yani di MyResipi.com

Laksam
Bahan (2-3 orang):
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Cara:
1. Gaul semua bahan
2. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak.
3. Tuang sedikit aduan di atas tudung periuk - biar cantik rata di atas tudung periuk
4. Kukus sehingga masak
5. Bila sudah masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan seketika sebelum digulung - untuk kelihatan lebih cantik dan berkilat.
6. Sementara itu, tudang adunan di atas tudung periuk kedua (siap disapu minyak masak) dan kukus.
7. Ulang proses di atas sehingga habis semua adunan.

Ni rupa laksam selepas di gulung...


Kuah Laksam
Bahan:
4 ekor ikan kembung - direbus dan di ambil isi dan asingkan
2 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
1/2 inci halia
2 sudu besar serbuk lada hitam
3/4 cawan santan pekat
2 keping asam keping
3-4 helai daun kesum
1 tangkai bunga kantan
sedikit gula
sedikit garam
1 cawan atau lebih air - jika kuah terlalu pekat

Cara:
1. Kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang besar dan lada hitam.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang lain.
3. Masak sehingga mendidih - jika terlalu pekat, tambah air.

Sambal cili
Bahan:
Cili merah
Belacan - bakar sedikit
Garam
Air perahan limau nipis

Cara:
Tumbuk cili dan belacan hingga lumat. Perisakan dengan garam dan air perahan limau nipis.

Bahan sampingan:
Kacang panjang -hiris halus
Taugeh - boleh dihidang mentah, jika tidak suka - celur seketika
Limau kasturi - belah dua
Daun kesum - hiris halus




1 comment:

MeMHaliD said...

EH.Sedapnyer kak lang laksam..ni kan...buka selera...nak try la nanti...tenkiu sudi share...selamat berpuasa dan selamat hari raya....