Tuesday, August 9, 2011

Lempeng Pisang

Salam

Hari ni saya kongsi satu lagi kuih tradisi yang semakin dilupakan. Lempeng pisang... Kali ni saya lempeng atas daun pisang. Satu dapur bau wangi daun pisang...

Resipi dari sini: http://www.myresipi.com/top/detail/1490

Lempeng Pisang

Bahan
5 biji pisang
3 sudu gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
kelapa parut + sedikit garam
daun pisang

Cara:
1. Lenyek pisang dan gula sehingga hancur.
2. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
3. Ambik sedikit adunan dan ratakan di atas daun pisang.
4. Ratakan kelapa parut di sebelah bahagian adunan sahaja.
5. Lipatkan daun pisang.
6. Bakar atas kuali leper.

No comments: