Monday, August 8, 2011

Onde Onde @ Buah Melaka

Buah Melaka atau Onde Onde merupakan kuih yang selalu kita jumpa di pasar tani dan juga bazaar Ramadhan. Bagi warga Negeri Sembilan pula, kuih ni dikenali sebagai Kelopong. Kali ni saya kongsi resipi dari K.Hanieliza.

Onde Onde @ Buah Melaka

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.

No comments: