Monday, October 24, 2011

Agar-agar Gula Melaka

As Salam

Kali ni saya kongsi resipi Agar-agar. Senang dan mudah untuk disediakan... Yang penting sedap!


AGAR2 SANTAN GULA MELAKA
sumber: Hana

Bahan-bahan
10g serbuk agar-agar (12gm)
1/2 cawan gula merah (nisan)
1/4 cawan gula putih
1150 ml air (1100ml)
120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA) (170ml santan pekat)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api
kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.

* yg kaler merah tu sukatan yg K.Nor buat.


No comments: