Wednesday, October 19, 2011

Biskut Sarang Semut

As salam
Sesekali kongsi resipi biskut raya boleh kan? Resipi Biskut Sarang Semut yang ingin saya kongsi adalah resipi dari mak saya. Resipi ni tak perlu diparut.




Biskut Sarang Semut - resipi ibu saya


Bahan


227g mentega
227g gula halus
2 biji kuning telur
4 sudu makan golden syrup
100g coklat masakan - cairkan (option)
1 sudu makan koko serbuk (option)
170g tepung naik sendiri (self rising flour)*
1 sudu teh baking powder* di ayak
coklat urai (chocolate rice) secukupnya


Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180C 
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
3. Masukkan kuning telur dan golden syrup ke dalam adunan dan pukul sehingga sebati
4. Jika ingin perisa coklat - masukkan coklat cair dan koko serbuk ke dalam adunan dan gaul rasa
5. Masukkan tepung dan baking powder yang diayak ke dalam adunan
6. Adunan akan menjadi seperti crumble / pasir basah
7. Sudu adunan ke dalam papercup dan taburkan coklat urai
8. Bakar sehingga adunan kekuningan atau kelihatan kering


Nota: Jika adunan nampak terlalu basah, boleh tambah tepung gandum sedikit demi sedikit (ketika proses 6). 



No comments: