Wednesday, February 15, 2012

Kek Cawan Lingon Berry

As salam
Lama tak update blog ni. Hari ni saya berkesempatan mengupdate blog ni walaupun dengan resipi ulangan. Cumanya, hari ni saya mencuba satu skil baru. Seronok bila tengok jem cantik berada di tengah cupcake. Teknik pipe in jem yang saya pelajari dari Buku Kek Cawan oleh Lynn Hassan.



Kek Cawan Vanila




Bahan-bahan:
290g tepung naik sendiri (diayak)
250g mentega dalam tin/marjerin
210g gula kastor (saya guna gula halus)
4 biji telur
2 sudu teh vanila
4 sudu makan susu segar (saya guna susu UHT)

Cara:
1. pukul mentega dan gula sampai sebati
2. masukkan telur satu per satu dan vanila, pukul hingga kembang
3. masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. kacau rata.
4. bakar selama 23 minit dengan suhu 180C.





2 comments:

Ain Dzaya said...

simplenyer nak buat..igtkan pyah..thankz sharing recipe..:)

"" Kenapa akak pakai niqab? ".".

SyaHani said...

Ain Dzaya: Cubalah...