Tuesday, September 25, 2012

ROLL KACANG PECAN DAN CIP BUTTERSCOTCH

As salam
Lamanya tak menjengok blog ni. Rindu la plak... Semoga semua viewers di luar sana sihat.

Hari ni saya nak share resipi roll yang saya dah buat berkali-kali. Roll lembut gebu dan yang penting boleh dijadikan roll savory atau manis. Resipi kali ini dari Che Mat Gebu


ROLL KACANG PECAN DAN CIP BUTTERSCOTCH

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (saya guna susu formula anak)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)


UNTUK DOH :
1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. 
2. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. 
3. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). 
4. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

KAEDAH LAIN :-
1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

UNTUK ROLL PECAN BUTTERSCOTCH:
1. Panggang kacang pecan untuk 5 minit pada suhu 150C.
2. Sejukkan dan cincang kasar.
3. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. 
4. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. 
5. Taburkan kacang pecan dan cip butterscotch pada doh - dan pastikan kacang dan cip rata di seluruh doh. 
6. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. 
7. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. 
8. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
9. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. 
10. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. 
11. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi)
12. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. 
13. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

No comments: