Monday, November 12, 2012

American Chocolate Cake

As salam...

Kek ni saya buat sebab anak2 nak makan kek coklat. Resipi dari Dato' Chef Wan - Buku Juadah Manisah Istimewa Chef Wan.

Kek Coklat Amerika

Kek
Bahan:
230g mentega tanpa garam
300g gula halus
2 sudu teh esen vanila
3 biji telur
1/2 cawan koko tawar serbuk, di ayak
1 cawan air panas
235g tepung kek atau tepung gandum serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
3/4 sudu teh garam
1/2 cawan walnut, dicincang

Cara:
1. Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu. Tambah esen vanila dan telur sebiji demi sebiji sambil memutar
2. Bancuh koko dengan air panas. Di dalam mangkuk lain ayak bersama tepung, serbuk penaik dan garam. Masukkan bancuhan koko berselang seli dengan bahan-bahan berayak ke dalam adunan mentega. campur walnut, kaup dan balikkan rata-rata.
3.Bakar di dalm acuan kek 20cm yang digriskan dan dialas kerta minyak selama 35 minit pada 170C sehingga masak. Sejukkan semalaman.


No comments: