Wednesday, November 27, 2013

Biskut coklat bertaup

As salam

Kali ni saya baking untuk memenuhi permintaan anak-anak saya. Masing-masing sudah bosan dengan biskut beli, maka mereka paksa saya bakar biskut coklat yang mereka boleh buat seperti Oreo. 



Biskut Coklat Horlick

BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
140gm gula halus
2 biji kuning telur
480gm tepung gandum
50gm serbuk koko
50gm horlick perisa coklat

2 sudu teh esen vanila


CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanila.
3. Masukkan horlick, serbuk koko dan juga tepung. Pukul lagi hingga menjadi adunan yang lembut.
4. Uli adunan dan kemudian terapkan dengan acuan berbentuk hati.
5.  Bakar pada suhu 175°C selama 20 minit.


Nota: Boleh sapu peanut butter atau nutella seperti dalam gambar di bawah.





No comments: